rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
 


21 – 27 April ialah Minggu Tidak Menonton TV!

Ini ialah tahun ketiga FOMCA menganjurkan kempen ini sempena Kempen Konsumer Kebangsaan (atau Kempen 3K) 2008-2012. Dalam kempen ini, orang ramai diminta untuk menutupkan TV mereka selama seminggu. Ini juga boleh dilanjutkan lagi dengan Minggu tanpa Skrin yang mana merangkumi komputer, telefon bimbit, alat permainan video dan juga alat elektronik yang berskrin. Tujuan kempen ini ialah untuk menggalakkan orang ramai terutamanya ibu bapa untuk menghabiskan masa lapang bersama anak-anak mereka dengan melakukan aktiviti lain yang lebih aktif dan berinteraksi. 

Pada tahun ini, FOMCA akan mengadakan kempen ini dengan menjemput orang ramai untuk menyahut cabaran dengan tidak menonton TV selama seminggu dan menggantikan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang lain. Anda boleh menganjurkan Minggu Tidak Menonton TV di rumah, di pejabat atau di kelas anda dengan menjemput semua orang untuk menyertai kempen tersebut. Anda boleh memuat turun kad laporan untuk mencatat jenis aktiviti yang anda lakukan ketika tidak menonton TV atau menggunakan sebarang alat elektronik yang berskrin. Anda juga boleh memuat turun brosur Minggu Tidak Menonton TV untuk mendapat 60 idea aktiviti-aktiviti yang anda boleh jalankan dalam Minggu Tidak Menonton TV.

Pernahkah anda perasan? dengan tidak menonton TV selama seminggu boleh menjimatkan wang perbelanjaan anda sebanyak LEBIH RM 10. wang yang dijimatkan dapat jugalah digunakan untuk membuat perkara-perkara yang lebih berfaedah. bagi seorang ketua keluarga, wang tersebut boleh digunakan untuk menghabiskan masa bersama keluarga dengan bersiar-siar. wang tersebut juga boleh digunakan untuk membeli buku-buku pelajaran bagi penuntut-penuntut universiti atau yang sedang melanjutkan pelajaran.

Natijahnya, Minggu Tidak Menonton TV amat bermanfaat dan dapat memberi banyak faedah kepada setiap individu. oleh itu, terpulanglah kepada anda sama ada ingin menyokong kempen ini atau memberi anda keseronokan yang sementara. Renung-renungkanlah.... 


This entry was posted on 5/25/2011 05:59:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: