rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
 
Tiba-tiba telefon anda berdering. Selepas anda menjawab telefon, suara seorang perempuan menyapa, " Selamat pagi! Ini Syarikat Antarabangsa Teepudooit. Tahniah anda telah memenangi hadiah utama cabutan bertuah kami".
Anda disuruh membayar 10% daripada nilai hadiah tersebut. tidakkah anda berasa pelik?? Anda tidak ingat pula bahawa anda ada menyertai sebarang pertandingan atau cabutan bertuah. Anda memenangi hadiah tetapi mengapa pula harus membayar?? 
Sesiapa yang tidak berfikir panjang lalu terus mengikuti arahan untuk membayar sejumlah duit adalah individu yang amat malang. Ketamakan terhadap hadiah yang ditawarkan mengundang penyesalan yang lama terhadap seseorang. 
Oleh itu, jangan mudah terpedaya terhadap sebarang tawaran atau hadiah yang lumayan. Anda perlulah mempertimbangkan arahan atau tawaran yang diberi.. Renungkanlah... 


This entry was posted on 5/25/2011 08:46:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: