rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Fahrin yang menjadi duta produk Garnier yang menarik perhatian pengguna untuk  menggunakan sesuatu  produk


"....selebriti menjadi duta produk bagi pemasaran pelbagai peringkat atau multi level marketing (MLM), yang adakalanya bersifat skim piramid. Selebriti tersebut berperanan untuk memberikan penerangan semasa sesi ceramah syarikat untuk bakal ahli. Hasil penerangan selebriti tersebut menyebabkan ramai yang berminat menyertai skim tersebut.

Baru-baru ini akhbar telah melaporkan tentang amaran daripada penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) tentang selebriti yang menjadi duta produk yang tidak berlesen untuk menarik ahli baru.

Kecenderungan melantik selebriti sebagai duta produk ini amat membimbangkan kerana mereka berpengaruh untuk menarik pengguna untuk membeli produk atau terlibat dalam skim MLM (atau skim piramid). Akibat daripada pengaruh tersebut, ramai yang terjebak membeli produk yang kurang berkualiti atau skim piramid ini.

Tindakan KPDNKK memantau kegiatan syarikat jualan langsung yang menggunakan selebriti ini amat wajar. Dalam masa yang sama pengguna juga perlu bersikap waras Dan matang dalam membuat pertimbangan membeli Dan menggunakan sesuatu produk. Pastikan kualiti produk terlebih dahulu. Jangan mudah terpengaruh dengan kedudukan selebriti sebagai duta produk yang belum tentu menunjukkan produk tersebut berkualiti..."

Penggunaan selebriti dalam memasarkan barangan bukan lah sesuatu yang baru. Namun saya percaya pengguna sekarang lebih bijak menilai sebelum membeli sesuatu barangan. Berikut tips membeli untuk panduan bersama;

  • Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang selain dari yang disenaraikan.
  • Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang disenaraikan.
  • Jangan membawa wang yang jauh berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.
  • Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan berincit-incit bagi mengelakkan kita ke kedai selalu.
  • Keperluan hendaklah dibeli secukupnya. Pembeli berlebihan adalah membazir.
  • Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.
  • Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar dari senarai.
  • Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.
  • Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.
  • Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.
Source; JAPEM

Ingat yer... utamakan keperluan daripada kemahuan!!!



This entry was posted on 5/26/2011 04:21:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: