Pada zaman moden kini, pelbagai kes jenayah siber yang berlaku. Jenayah siber boleh berlaku di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Kes jenayah siber ini berlaku di setiap
pelusuk dunia melalui pelbagai kaedah dan cara. Oleh itu, anda bolehlah
mengamalkan langkah-langkah berikut :
- Jangan dedahkan ID Daftar Masuk, kata laluan atau nombor pin anda.
- Selalu tukar kata laluan atau nombor pin anda.
- Elak daripada menyimpan ID Daftar Masuk dan kata laluan atau nombor pin anda dalam komputer.
- Pastikan anda melayari laman web yang betul.
- Pastikan anda menyemak " Universal Resource Locators" (URL) bermula dengan "https" dan memastikan imej ibu kunci tertutup terdapat pada bar status pelayar web.
- Sering semak butir-butir sejarah transakasi dan penyata yang dihantar oleh bank.
- Jangan tinggalkan komputer sekiranya anda masih mengakses perbankan internet.
- Sentiasa melog keluar sebaik sahaja anda selesai melaksanakan transaksi dan memadamkan peti ingatan dan sejarah transaksi.
- Lindungi komputer anda daripada virus dan program perosak dengan memasang "firewall" terkini dan menentang virus yang bereputasi. Pastikan perisian antivirus dan "firewall" anda sentiasa dikemaskini agar lebih berkesan.
- Elak daripada memuat turun perisian atau fail dari laman web yang kurang diketahui atau memasuki hiperpautan yang dihantar oleh mereka yang tidak dikenali.
- Jangan sesekali menghantar maklumat peribadi anda.
- Elakkan daripada menggunakan komputer yang dikongsi atau milik awam untuk mengendalikan transaksi perbankan internet anda.
- Jangan biarkan tetingkap pelayar lain terbuka semasa membuat transaksi perbankan dalam talian.
- Pastikan anda menyahaktifkan ciri-ciri 'perkongsian fail dan pencetak' dalam sistem pengendalian anda.
0 comments: