rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Pada zaman moden kini, pelbagai kes jenayah siber yang berlaku. Jenayah siber boleh berlaku di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Kes jenayah siber ini berlaku di setiap pelusuk dunia melalui pelbagai kaedah dan cara. Oleh itu, anda bolehlah mengamalkan langkah-langkah berikut :
  • Jangan dedahkan ID Daftar Masuk, kata laluan atau nombor pin anda.
  • Selalu tukar kata laluan atau nombor pin anda.
  • Elak daripada menyimpan ID Daftar Masuk dan kata laluan atau nombor pin anda dalam komputer.
  • Pastikan anda melayari laman web yang betul.
  • Pastikan anda menyemak " Universal Resource Locators" (URL) bermula dengan "https" dan memastikan imej ibu kunci tertutup terdapat pada bar status pelayar web.
  • Sering semak butir-butir sejarah transakasi dan penyata yang dihantar oleh bank.
  • Jangan tinggalkan komputer sekiranya anda masih mengakses perbankan internet.
  • Sentiasa melog keluar sebaik sahaja anda selesai melaksanakan transaksi dan memadamkan peti ingatan dan sejarah transaksi.
  • Lindungi komputer anda daripada virus dan program perosak dengan memasang "firewall" terkini dan menentang virus yang bereputasi. Pastikan perisian antivirus dan "firewall" anda sentiasa dikemaskini agar lebih berkesan.
  • Elak daripada memuat turun perisian atau fail dari laman web yang kurang diketahui atau memasuki hiperpautan yang dihantar oleh mereka yang tidak dikenali.
  • Jangan sesekali menghantar maklumat peribadi anda.
  • Elakkan daripada menggunakan komputer yang dikongsi atau milik awam untuk mengendalikan transaksi perbankan internet anda.
  • Jangan biarkan tetingkap pelayar lain terbuka semasa membuat transaksi perbankan dalam talian.
  • Pastikan anda menyahaktifkan ciri-ciri 'perkongsian fail dan pencetak' dalam sistem pengendalian anda.




This entry was posted on 6/02/2011 01:05:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: