rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Remaja kebanyakkannya tidak ketinggalan dalam mengikut trend dalam berfesyen. Hal ini semestinya akan menyebabkan berlakunya boros. Jadi, anda sebenarnya memerlukan tips untuk memanfaatkan aksesori-aksesori anda untuk menjimatkan wang. 



     $  Tali pinggang
           Penampilan anda kurang sempurna tanpa bantuan daripada tali pinggang yang menarik. Pilih
           warna-warna terang untuk memberi kesan dramatis. Manfaatkan juga 'sweater' yang tersimpan
           lama di dalam almari. Tidak perlu keluarkan belanja yang banyak tetapi mampu tampil dengan
           gaya terkini. Semudah itu sahaja!!


     $  'Clutch'
           Ramai yang memilih untuk membawa beg tangan yang besar bagi memudahkan mengisi
           barang-barang yang banyak. Pilihlah 'clutch' yang diperbuat daripada kulit yang sedang 'trend'
           saat ini. Ingin yang sedikit murah, pilih yang berbahan kulit sintetis. Pasti ada yang
           menganggap itu kulit asli. Murah dan menjimatkan tetapi tetap 'trendy'.


     $  Skarf atau shawl warna-warni
           Tidak hanya berfungsi melindungi kamu daripada cuaca sejuk malah selendang atau skarf boleh
           membantu untuk menyempurnakan lagi penampilan anda sehari-hari. Jika kamu menjaga skarf
           ini dengan baik maka ia pasti boleh bertahan lama dan sekali gus anda boleh menggayakannya
           dengan pelbagai pakaian yang sedia ada di dalam almari anda. Lebih menjimatkan bukan??


     $  Perhiasan
           Anting-anting, gelang, rantai merupakan pilihan paling sesuai untuk memvariasikan lagi
           penampilan anda tanpa mengeluarkan belanja yang banyak. Carilah perhiasan yangs sesuai
           digayakan dengan pelbagai gaya baju. Anda dapat berjimat dua kali ganda dengan cara ini!!


Berhutang bukanlah satu hal yang asing lagi. Malah sudah seperti jadi suatu perkara kebiasaan pada setiap orang. Bukan sahaja yang bekerja malah yang masih belajar pun kini telah ditawarkan pelbagai pinjaman untuk menyambung pengajian. Namun perlu diingatkan sebelum berhutang banyak perkara yang harus dipertimbangkan dahulu.

telitilah dalam pengiraan anda
     1   Kira-kira
         -  Pertimbangkanlah dalam pemilihan produk pinjaman seperti faedah atau bunga yang
            dikenakan.
         -  Anda mungkin terpedaya dengan iklan pinjaman dan promosi yang menarik.
         -  Sebaiknya, lakukanlah kajian terlebih dahulu tentang produk pinjaman itu dengan beberapa
            buah bank.
         -  Minta maklumat ansurans, bunga, serta biaya lainnya.

satukan semua hutang-hutang anda
     2   Satukan hutang
         -  Sekiranya sebelum ini, anda telah sedia ada pinjaman daripada bank tertentu, dan berhadapan
            dengan kesulitan untuk membayarnya, satukanlah hutang-hutang tersebut ke dalam satu
            pinjaman.
         -  Suku bunga menjadi lebih kecil dan anda lebih mudah mengatur kewangan pada akhir bulan.

anda perlu berhati-hati setiap masa
     3   Baca dengan teliti dokumen tawaran
         -  Semak setiap kenyataan di dalam surat dengan penuh teliti sebelum menandatangani dokumen
            pinjaman.
         -  Periksa peraturannya jika anda terlambat bayar atau tercepat membayar. Jangan terkejut
            kerana ada beberapa buah institusi yang memberi penalti jika anda membayar terlalu cepat.
         -  Jadi, pastikan anda sedia maklum tentang semua perkara itu.

'along' hanya menanam tebu di tepi bibir
     4   Hindari terlibat dengan ' Along'
         -  Syarikat kewangan yang menjanjikan pinjaman cepat tanpa memeriksa kad kredit, slip gaji
            atau semua perkara-perkara seperti 'post' saya sebelum ini kebiasaannya banyak mengambil
            keuntungan saat menagih bunga atau menetapkan penalti yang luar biasa.

antara barangan yang boleh digadai
     5   Manfaatkan pergadaian
         -  Sekiranya anda perlukan wang dalam masa yang cepat serta mampu membayar dalam masa
            yang cepat, pergadaian adalah cara yang terbaik.
         -  Tetapi, perlu ingat!! Pergadaian menghitung bunga setiap 15 hari. Berhati-hatilah ya..

masyarakat yang tinggal di kawasan felda boleh menyertai koperasi jenis ini
     6   Koperasi? Mengapa tidak?
         -  Apakah anda anggota koperasi? Tanyakanlah prosedur meminjam wang di koperasi tersebut.
            Siapa tahu, anda boleh mendapatkan perjanjian yang lebih menguntungkan daripada di
            institusi lain.


anda akan mengalami tekanan perasaan sekiranya terlibat dalam peminjaman kewangan daripada 'lintah darat'
Apabila anda meminjam wang daripada peminjam wang tidak berlesen atau 'lintah darat', anda sebenarnya berisiko. Nyawa anda juga tergugat untuk melangsaikan hutang mereka. Oleh itu, saya ingin menasihati anda dalam menangani peminjaman wang daripada peminjam yang tidak berlesen.

JANGAN SEKALI-KALI meminjam wang daripada mereka kerana :


     @  pinjaman akan dibuat mengikut terma dan syarat yang sangat ketat.
     @  perlu membayar caj faedah yang sangat tinggi dengan kompoun harian

   
     @  meletakkan diri dan keluarga anda dalam keadaan bahaya sekiranya anda lewat membuat
           bayaran.
     @  memaksa anda membuat pinjaman tambahan untuk membayar pinjaman yang terdahulu.



Anda mungkin terpengaruh untuk membelanjakan lebih wang daripada apa yang sedia ada kerana institusi kewangan menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman dan kad kredit. Institusi tersebut menawarkan anda wang dan pinjaman kredit untuk membolehkan anda membeli rumah, kereta, membayar bil atau melancong ke luar negara.


Sebelum membuat pinjaman, pastikan anda mampu menguruskan hutang anda. Ingat bahawa anda semestinya memiliki lebih daripada apa yang anda hutang. Anda ingin membina kekayaan. Jika anda meminjam wang, anda perlu menggunakan wang tersebut untuk menambahkan lagi wang anda. Cuba elak daripada membeli sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada anda. Jangan gunakan pinjaman jangka pendek seperti kad kredit atau overdraf, untuk membiayai aset jangka masa panjang seperti rumah.

Anda boleh membuat pinjaman dengan :

bank negara malaysia
     1.  Institusi kewangan berlesen
          ~  Lazimnya, orang ramai akan menggunakan produk dan perkhidmatan bank perdagangan bagi
              aktiviti-aktiviti harian mereka.
          ~  Bank perdagangan merupakan institusi kewangan yang dilesenkan oleh Bank Negara
              Malaysia
              (BNM) untuk menawarkan kemudahan kewangan kepada orang awam.
          ~  Untuk mendapatkan senarai penuh institusi kewangan berlesen, sila layari laman web BNM di
              http://www.bnm.gov.my/

pinjaman boleh dibuat sekiranya anda mengalami masalah kewangan
     2.  Peminjam wang berlesen
          ~  Terdapat peminjam wang berlesen di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
              yang menawarkan pinjaman kepada orang awam.
          ~  Tetapi berbeza dengan institusi kewangan, mereka tidak boleh menerima deposit.
          ~  Untuk mendapat maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai peminjam
              wang berlesen ini, sila layari laman web ini, http://www.kpkt.gov.my/kpkt/

tekanan jiwa akan dialami oleh peminjam sekiranya diugut oleh 'along' kerana tidak dapat melangsaikan hutang mereka
     3.  Peminjam wang tidak berlesen
          ~  Di samping itu, terdapat juga peminjam wang tidak berlesen atau lebih dikenali sebagai
              'lintah darat'
          ~  Aktiviti-aktiviti mereka adalah haram. Anda boleh melaporkan kegiatan mereka kepada pihak 
              polis.
          ~  Mereka mengenakan caj kadar faedah yang sangat tinggi dan sekiranya pinjaman tidak
              dapat dibayar, mereka akan mengancam dan melakukan keganasan untuk mendapatkan
              semula wang mereka.


Agama rasmi di Malaysia adalah agama islam. Tetapi rakyat lain juga bebas untuk menganut agama masing-masing. Oleh sebab majoriti rakyat Malaysia adalah umat islam, maka saya ingin menyentuh sedikit tentang amalan mulia yang diamalkan Rasulullah s.a.w dan digalakkan oleh Allah s.w.t iaitu, bersedekah. Sabda Rasulullah s.a.w :




"Barangsiapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang diperoleh dengan usaha yang halal sementara Allah tidak menerima kecuali yang halal, Allah akan menerimanya dengan tangan kananNya (yakni menerima dengan berkahNya). Kemudian Dia melipatgandakan berkahNya bagi pelakunya, sebagaimana seseorang dari kalian melipatgandakan maharnya. Bahkan satu suap akan menjadi sebesar Gunung Uhud"




Sabda Rasulullah s.a.w di atas amat jelas menunjukkan bahawa amalan bersedekah ini akan memberi pulangan yang lumayan kepada sesiapa yang bersedekah. Harta umat islam sebenarnya milik semua umat islam. Kerana itulah adanya kewajipan membayar zakat kepada semua umat islam. Sesungguhnya agama islam itu tidak membebankan. Oleh itu, pembayaran zakat hanya diwajibkan kepada umat islam yang berkemampuan sahaja.


Dalam konteks agama lain pula, semestinya amalan bersedekah ini amat digalakkan juga. Tetapi perbezaannya, ia tidaklah dipanggil bersedekah. Cuma konsep bersedekah itu dianggap seperti memberi duit atau hadiah kepada sesiapa. 




Saya berikan satu contoh. Apabila perayaan Tahun Baru Cina disambut, orang cina yang sudah berkahwin akan memberikan angpau kepada kanak-kanak atau sesiapa yang belum berkahwin   dengan tujuan orang yang menerima angpau itu akan memperoleh kekayaan. Lihat sahajalah, banyak perniagaan orang cina maju selaras dengan ekonomi umat islam. Hal ini membuktikan amalan bersedekah akan meningkatkan kewangan anda. Sesungguhnya, Allah s.w.t tidak memungkiri janjiNya dan Dia bersifat Ar-Rahman yang bermaksud Maha Pengasih terhadap semua makhluknya.


Saya tidak mengatakan bahawa agama dan kepercayaan lain tidak menggalakkan amalan ini. Amalan orang Cina ini hanyalah sebagai contoh. Saya percaya agama dan kepercayaan lain juga mengamalkan amalan mulia ini.


Saya sediakan beberapa ciri-ciri atau aspek dalam amalan bersedekah ini untuk memperoleh balasan atau rezeki yang melimpah ruah.


  • Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik dan elok. Adalah tidak wajar dan munasabah andainya benda yang disedekahkan itu jika disedekahkan kepada kita, kita sendiri tidak menyukainya dan tidak rela menerimanya. Biarlah yang disedekahkan itu daripada benda-benda yang disenangi oleh penerimanya. Kerana itulah Allah Subhanahu Wataala melarang bersedekah dengan benda-benda yang tidak baik. Perlu diingat bahawa bersedekah adalah merupakan ibadat dan tanda mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Allah Subhanahu Wataala kepada kita. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 267 : 
"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi 
sentiasa terpuji".


  • Sesuatu yang disedekahkan itu hendaklah daripada yang halal, bukan haram atau syubhat.
  • Adalah sunat bagi pemberi sedekah atau derma itu bersedekah dan berderma daripada benda-benda yang disukai dan disayanginya. Ini jelas sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali 'Imran ayat 92 yang tafsirnya :
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya".


nilai sedikit atau banyaknya sedekah bukan menjadi ukuran
  • Ingatlah jika kita benar-benar mahu amalan sedekah kita menepati kehendak bersedekah, maka setentunya tiga perkara yang disebutkan tadi perlu ada pada benda-benda yang disedekahkan walaupun hanya sedikit kerana bukan sedikit atau banyak yang menjadi ukuran.
  • Adalah perlu diambil ingatan bahawa jika kita bersedekah, maka hendaklah disertai dengan keikhlasan, bukan dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti orang yang menerima sedekah atau derma kerana perbuatan sedemikian hukumnya adalah haram dan merosakkan amalan bersedekah itu. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 24 yang tafsirnya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir".


  • Sesungguhnya sedekah yang diberikan secara sembunyi adalah lebih utama dan afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Kerana perbuatan itulah yang dekat kepada keikhlasan dan jauh dari perasaan riak. Kerana sifat riak atau sifat menunjuk-nunjuk boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian orang dan mahu dikatakan seorang pemurah kerana dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala akan diperolehi.
  • Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa amalan bersedekah tidak akan mengurangkan harta, sebaliknya akan menambah harta dan menjauhkan kekurangan dan kesempitan. Mudah-mudahan segala amal perbuatan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wataala, Amin.