rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

1. mula-mula kita mesti mencari punca pada masalah ini. Selalunya makanan ringan ini sangat sedap dan menyelerakan jika dibandingkan dengan makanan berkhasiat. Dan kita sangat mudah terpengaruh dengan iklan-iklan makanan yang menawan. Nampak sedap sangat. Apa yang kita fikir cuma hendak makan! Oleh itu, perkara pertama kena melatih diri supaya jangan terpengaruh dengan iklan. Mungkin kita boleh cuba alihkan perhatian daripada iklan-iklan seperti itu. Selamat berjaya!


2. jangan biasakan diri beli makanan dalam tin atau makanan segera seperti maggie, sup segera, perencah segera dan macam-macam lagi yang ada di pasaraya itu. Walaupun minuman 3 dalam 1 bukanlah pilihan yang baik. Memang makanan-makanan ni cepat sedap dan menjimatkan masa juga tenaga. Tetapi sanggup ke anda 'bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian'?




3. kita perlu sedar... makanan ringan boleh membuatkan kita ketagih disebabkan kandungan bahan-bahan kimia dalam makanan itu. Contohnya, kandungan utama dalam minuman bergas ialah gula, pewarna kimia dan kafein. Dan langsung tidak berkhasiat seperti burger kat restoran makanan segera... jangan tertipu dengan keenakkan daging itu. Bukannya daging sebenar pun. Macam-macam benda ditambah. Kenapa makanan segera di luar negara sangat murah? Kerana beberapa peratus sahaja daging sebenar dalam burger itu... lain-lain lemak atau daging buatan sahaja barulah boleh murah.




4. kita selalu guna istilah 'alas perut' dan ambil kesempatan untuk beli makanan ringan yang sedap-sedap itu. Justeru, apa kata bila lapar kita ambil makanan terus. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam sekaligus. Dan pastikan makan makanan berkhasiat. Dengan cara ini kita akan rasa kenyang lebih lama. Apabila kenyang, kita tidak rasa hendak 'alas perut' dengan makanan-makanan ringan lagi. Semestinya duit akan dapat dijimatkan! 




5. Ini cara paling berkesan bagi saya. Amalkan membaca label kandungan nutrien pada produk makanan. Selalunya bila teringin mahu makan makanan-makanan yang sedap, saya akan membaca label dulu. Saya fokus pada kandungan lemak (fat), gula (carbohydrate) dan garam (sodium). Selalunya saya tidak jadi membeli apabila terkejut melihat kandungan bahan-bahan ini banyak sangat. Tidak percaya? Cubalah sendiri!




6. Kalau teringin sangat ingin makan makanan-makanan sebegini, makan sahaja... Tidak mengapa. Jangan stress! Tetapi janganlah makan selalu dan makan dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Elakkan juga prinsip "tidak mengapa, bukan selalu makan sedap begini!"... Kerana nanti lama-lama anda jadi terbiasa untuk makan sebegitu setiap kali keluar dari rumah. Tidak bagus! Dan pastikan selepas makan, anda minum air putih banyak-banyak. Supaya kandungan yang tidak elok dalam makanan itu boleh disingkirkan segera. Oleh itu, apa kata apabila kita makan makanan sebegini, janganlah memilih atau membeli air yang sedap. Minum air putih sahaja! 



7Mentaliti orang kita... restoran fast food atau makanan barat selalunya dianggap mewah! Oleh itu, apa-apa pun, makan nasi bukan? Berpakaian cantik-cantik mestilah masuk restoran yang ada 'class'! Jangan macam itu. Pedulikan apa orang nak kata tapi sebelum itu kita sendiri kena ubah mentaliti kita terhadap makanan apabila jalan-jalan ini. Apa kata kita cari menu yang lebih berkhasiat. Contohnya, andai saya, saya lebih suka cari restoran yang ada nasi campur. Tetapi tidak bermakna kalau hendak makanan berkhasiat, makan nasi campur sahaja. Menu-menu lain juga berkhasiat cuma mesti pandai pilihlah. Dan kalau dah jelas-jelas restoran itu menyediakan makanan segera,  pastilah tidak berkhasiat. Tetapi masih boleh makan makanan 'mewah' ini. Mungkin sebulan sekali atau lagi jarang lagi bagus!


8. Selalu awasi berat badan kita... tetapi bagi saya, berat badan tidak penting. Yang penting, kita sihat dan 'fit'! Oleh itu, untuk mendapat badan yang 'fit', seperti yang saya katakan, lemak itu ringan dan kurang memberi kesan pada berat badan. Jadi kita kena awasi ukuran lilitan badan kita seperti pinggang, paha dan pinggul. Dengan cara ini, kita akan sedar yang lemak-lemak sudah mula berkumpul di badan kita. Apabila sudah ada lemak asas, lemak-lemak baru akan lebih senang dan cepat bertambah


Kesimpulannya, jagalah pemakanan anda untuk diri anda sendiri. Cara ini akan menjaga kesihatan anda dan yang lebih penting, mengawal pengeluaran wang perbelanjaan anda setiap masa. Tips sudah saya sediakan, kini terpulanglah pada anda sama ada anda mahu mengamalkannya ataupun tidak. Selamat mencuba dan selamat berjaya!


This entry was posted on 6/12/2011 08:41:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: