rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Ramai yang nak cari duit dan jadi kaya. Siapa tak nak cari duit bukan?
Tetapi apa yang kita perlu ingatkan juga adalah, cari duit adalah hanya sebahagian daripada mengumpul kekayaan. Apa yang ramai juga terlepas pandang adalah untuk simpan duit yang sedia ada dan kembangkannya!
Sekiranya kita pandai cari duit macam mana pun, tetapi, pengurusan kewangan kita mengalami kebocoran, maka, tak guna pun cari duit untuk kaya… duit tetap akan mengalir keluar.
Berikut adalah keadaan kebocoran wang yang sering terjadi ketika musim perayaan
  • @ Semasa bulan tidak berpuasa, makan minum sekeluarga RM40 sehari… tapi 
  •      semasa bulan Ramadhan, makan minum sekeluarga sehari sampai RM60. 
  •      Maklumlah, berselera melihat makanan di pasar Ramadhan ;)      
                                                                              

  • @ Bila hampir raya, berbagai-bagai Jualan Murah akan dijalankan di pusat 
  •      membeli belah. Asa ini juga emosi membeli semakin meningkat sehingga 
  •      membeli barangan, perhiasan dan pakaian yang murah… tetapi mungkin hanya 
  •      untuk kegunaan sekali sahaja. Jaga-jaga emosi belian kita ketika Jualan Murah 
  •      sana sini…

  • Tidak mempunyai bajet ketika puasa dan hari raya. Bila tidak ada bajet, maka, 
  •      lagi mudah wang mengalir keluar dari dompet kita. Penat sahaja kita mencari 
  •      duit kalau tiada bajet diperuntukkan untuk musim perayaan. Sedar-sedar, lepas 
  •      raya pun puasa sunat sebulan dua lagi… ;)
Kita perlu tahu cara-cara untuk menghalang segala kebocoran wang kita. Penat-penat kita cari duit, masa-masa musim perayaan ini, beringat-ingatlah juga untuk kurang berbelanja. Tampalkan segala kebocoran wang kita. Kita bukan sekadar puasa perut sahaja, apa kata puasa dompet juga ;)



This entry was posted on 6/13/2011 01:32:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: