Perbankan internet membolehkan anda menguruskan kewangan dari rumah, pejabat, semasa atau di luar masa perbankan, atau dari mana-mana lokasi selagi adanya akses kepada internet dan pelayar internet. Lazimnya, perisian atau perkakasan tidak diperlukan.
Dengan perbankan internet, anda boleh :
- menyemak baki akaun dan penyata akaun.
- mengemukakan permohonan untuk akaun, kad kredit dan pinjaman baru.
- membuat pelaburan deposit tetap.
- memindah wang antara akaun (akaun milik sendiri atau pihak ketiga)
- membayar bil, kad kredit, pinjaman dan premium insurans.
- membuat, meminda atau membatalkan arahan tetap.
- memohon buku cek dan penyata akaun bank.
- menyemak status cek.
- memohon arahan menghentikan pembayaran cek.
- memohon Draf Bank dan Pemindahan Telegraf.
0 comments: