rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)


Perbankan internet membolehkan anda menguruskan kewangan dari rumah, pejabat, semasa atau di luar masa perbankan, atau dari mana-mana lokasi selagi adanya akses kepada internet dan pelayar internet. Lazimnya, perisian atau perkakasan tidak diperlukan.

Dengan perbankan internet, anda boleh :

  • menyemak baki akaun dan penyata akaun.
  • mengemukakan permohonan untuk akaun, kad kredit dan pinjaman baru.
  • membuat pelaburan deposit tetap.
  • memindah wang antara akaun (akaun milik sendiri atau pihak ketiga)
  • membayar bil, kad kredit, pinjaman dan premium insurans.
  • membuat, meminda atau membatalkan arahan tetap.
  • memohon buku cek dan penyata akaun bank.
  • menyemak status cek.
  • memohon arahan menghentikan pembayaran cek.
  • memohon Draf Bank dan Pemindahan Telegraf.


This entry was posted on 6/02/2011 12:07:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: