rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Dua minggu cuti sekolah ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Tetapi, adakah mereka menghabiskan masa mereka dengan perkara yang berfaedah? Yang paling penting, adakah aktiviti yang mereka lakukan banyak menggunakan wang? Bagaimana pula untuk melakukan aktiviti pada waktu cuti begini dengan menjimatkan wang anda?
Berikut adalah beberapa aktiviti dan tips yang boleh anda ikuti untuk menjalani cuti-cuti yang lebih berkualiti:
Lakukan Aktiviti Kekeluargaan.


Keluarga semestinya insan yang paling kita sayangi. Tanpa mereka, siapalah kita kini. Oleh itu, anda bolehlah menghabiskan masa ini bersama
keluarga tercinta. Selain dapat menjimatkan wang anda, aktiviti ini dapat memupuk kemesraan dalam keluarga. Anda bolehlah menziarahi saudara-mara, datuk nenek, ibu bapa saudara dan lain-lain. Anda juga bolehlah berjogging atau berjalan-jalan bersama keluarga. Aktiviti yang menyihatkan tubuh badan seperti berkebun atau bertukang kayu juga boleh dilakukan. Belajar memasak, menjahit dan makan bersama amat indah apabila dilakukan bersama ahli keluarga.


Melancong Dalam Negeri.


antara destinasi yang menarik untuk bercuti bersama keluarga
Keindahan Tanah Tinggi Cameron Highland dan Bukit Fraser semestinya memukau sesiapa sahaja yang menghabiskan masa cuti mereka di situ. Hal ini menunjukkan bahawa negara kita sungguh indah untuk dinikmati. Selain dapat merehatkan minda anda, aktiviti ini semestinya akan menjimatkan wang anda daripada dibelanjakan untuk percutian ke luar negara. Lawatlah tempat-tempat yang menarik mengikut selera anda. Kalau ibu bapa kurang mampu, memadai membawa anak-anak berkelah di tepi pantai atau taman rekreasi.
Bersukan dan Beriadah.
salah satu cara untuk menghabiskan cuti anda
Sewa dewan atau gelanggang untuk bermain futsal, badminton dan sebagainya boleh dilakukan bersama kawan-kawan. Aktiviti seperti ini dapat mengisi masa nada dengan perkara yang berfaedah terutamanya anak muda. Main layang-layang, memancing dan mengajar anak-anak main permainan tradisional sudah cukup untuk mengisi masa cuti anda. Permainan tradisional tidak memerlukan bajet yang besarWang anda juga akan selamat daripada dibazirkan
Senang bukan?? Kini, semuanya terserah kepada anda sama ada anda mahu mengikutinya ataupun tidak. Untuk maklumat lanjut, layari laman web di bawah. Selamat berjaya dan selamat bercuti


This entry was posted on 6/12/2011 12:20:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: