Dua minggu cuti sekolah ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Tetapi, adakah mereka menghabiskan masa mereka dengan perkara yang berfaedah? Yang paling penting, adakah aktiviti yang mereka lakukan banyak menggunakan wang? Bagaimana pula untuk melakukan aktiviti pada waktu cuti begini dengan menjimatkan wang anda?
Berikut adalah beberapa aktiviti dan tips yang boleh anda ikuti untuk menjalani cuti-cuti yang lebih berkualiti:
Lakukan Aktiviti Kekeluargaan.
Keluarga semestinya insan yang paling kita sayangi. Tanpa mereka, siapalah kita kini. Oleh itu, anda bolehlah menghabiskan masa ini bersama keluarga tercinta. Selain dapat menjimatkan wang anda, aktiviti ini dapat memupuk kemesraan dalam keluarga. Anda bolehlah menziarahi saudara-mara, datuk nenek, ibu bapa saudara dan lain-lain. Anda juga bolehlah berjogging atau berjalan-jalan bersama keluarga. Aktiviti yang menyihatkan tubuh badan seperti berkebun atau bertukang kayu juga boleh dilakukan. Belajar memasak, menjahit dan makan bersama amat indah apabila dilakukan bersama ahli keluarga.
Melancong Dalam Negeri.
antara destinasi yang menarik untuk bercuti bersama keluarga |
Bersukan dan Beriadah.
salah satu cara untuk menghabiskan cuti anda |
Sewa dewan atau gelanggang untuk bermain futsal, badminton dan sebagainya boleh dilakukan bersama kawan-kawan. Aktiviti seperti ini dapat mengisi masa nada dengan perkara yang berfaedah terutamanya anak muda. Main layang-layang, memancing dan mengajar anak-anak main permainan tradisional sudah cukup untuk mengisi masa cuti anda. Permainan tradisional tidak memerlukan bajet yang besar. Wang anda juga akan selamat daripada dibazirkan.
Senang bukan?? Kini, semuanya terserah kepada anda sama ada anda mahu mengikutinya ataupun tidak. Untuk maklumat lanjut, layari laman web di bawah. Selamat berjaya dan selamat bercuti
0 comments: