rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Macam mana agaknya kita mahu tahu sama ada kedudukan kewangan kita sihat atau tidak? Yang ni saya dapat daripada Ringgit keluaran Disember 2010:


hutang hanya akan mengusutkan fikiran
  • Hidup tanpa bergantung kepada hutang
    Sebenarnya memang susah nak hidup tanpa hutang. Sebagai contoh, hutang untuk beli kereta atau beli rumah. Tapi apa kata kita cuba elakkan hutang kad kredit ataupun apa-apa jenis hutang untuk menyara hidup kita. Sebab hutang akan membuatkan kita rasa risau dan mengusutkan kepala anda. Untuk mendapatkan nasihat yang bernas, layarilah laman web ini www.akpk.org.my

belilah rumah yang anda mampu dan tidak membebankan
  • Milik rumah bebas hutang sebelum bersara
    Dalam dunia ni, tidak ramai yang mampu beli rumah secara tunai tetapi alangkah bagusnya apabila kita bersara nanti, tidak perlulah kita memikirkan mengenai hutang ini. Yalah. Duit yang kita ada perlu digunakan bagi meneruskan hidup bukannya dengan membayar loan rumah bukan? Yang penting, beli rumah yang kita mampu.

  • Persaraan terjamin dan dihormati
    Mengikut pemantauan, hanya 5% sahaja yang mempunyai kebebasan kewangan semasa bersara. Oleh itu, macam mana dengan 95% lagi? Justeru, menabunglah di peringkat awal kita bekerja. Seperti kata pepatah, berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.

anak-anak memerlukan keprihatinan ibu bapanya untuk managgungnya belajar
  • Memberi pelajaran kepada anak-anak
    Rancanglah dengan bijak mengenai kos pelajaran anak-anak bagi menjamin pekerjaan yang baik di masa hadapan. Mungkin boleh dirancang menerusi tabungan, pelan takaful, saham amanah dan macam-macam lagi. Mengikut data, graduan memperoleh gaji dua kali ganda pendapatan seumur hidup selepas SPM.

percutian bersama keluarga perlu untuk merehatkan minda 
  • Lain-lain tanda adalah keupayaan membayar tunai bagi barangan runcit, keupayaan bertahan ketika menghadapi kecemasan dan keupayaan untuk hidup sepenuhnya termasuk percutiaan, rekreasi dan aktiviti keluarga mestilah menjadi keutamaan.


This entry was posted on 6/09/2011 12:20:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: