rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Saya dan keluarga telah pergi bercuti ke Kedah minggu lepas. Oleh sebab bilangan keluarga kami tidak mengizinkan saya menaiki kapal terbang, kami telah membuat keputusan untuk menaiki kereta. Sepanjang perjalanan kami, kami melihat banyak kereta yang beratur di setiap stesen minyak sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Hal ini tentunya kerana mereka tidak mengamalkan cara untuk menjimatkan petrol yang betul. Dengan pengisian petrol yang betul akan menjimatkan wang anda.

kereta beratur di stesen minyak kerana pengamalan penggunaan minyak yang tidak betul
Di sini saya menyediakan beberapa tips untuk menjimatkan petrol anda. Tidak kiralah sama ada perjalanan anda jauh mahupun dekat ;

     #  Pemanasan enjin
         Elakkan membuat pemanasan enjin secara berterusan. Anda boleh memanaskan enjin anda
         selama kurang daripada 45 saat. Sebenarnya anda boleh terus memandu sebaik sahaja
         menghidupkan enjin kerana teknologi enjin pada masa ini yang membolehkan anda berbuat
         demikian.

     #  Jangan menghidupkan dan mematikan enjin sesuka hati
         Menghidupkan enjin dalam tempoh seminit menggunakan jumlah bahan api yang sama ketika
         memulakan enjin.

minyak akan berkocak dan mengalir keluar jika minyak ditekan secara berlebihan
     #  Elakkan menekan enjin secara berlebihan
         Elakkan diri anda daripada menekan-nekan enjin secara berlebihan, terutamanya sebelum
         mematikan enjin. Ini akan membazirkan bahan api dan menyebabkan minyak mengalir keluar
         daripada dinding silinder, seterusnya menyebabkan kehilangan tekanan minyak.

pemanduan kereta yang laju hanya akan merisikokan  penumpang
     #  Jangan terus memecut kereta dengan laju
         Tambah tahap kelajuan dengan perlahan-lahan apabila mula memandu. Jangan menekan pedal
         lebih daripada 1/4 kadar maksimum pedal. Ini membolehkan kaburator berfungsi pada kecekapan 
         yang sempurna.

mengisi minyak pada lewat petang akan dapat menjimatkan wang anda
     #  Isi bahan api ketika suhu sejuk
         Sebaik-baiknya seawal pagi atau lewat petang. bahan api berada dalam keadaan lebih tumpat 
         dalam suhu begini. Pam minyak menyukat isi padu bahan api tersebut. Anda dikenakan bayaran 
         berdasarkan sukatan isi padu.

gred minyak yang berkualiti tinggi membantu mengurangkan perbelanjaan minyak atas kenderaan anda
     #  Gunakan gred minyak pelincir yang dicadangkan
         Ia boleh memperbaiki kecekapan bahan api daripada 1% hingga 2%. Minyak pelincir yang
         berkualiti boleh membantu enjin beroperasi dengan lebih cekap.

tidak perlulah anda mengisi minyak penuh-penuh kerana ianya membazirkan wang anda
     #  Elak mengisi tangki minyak sehingga penuh
         Isian yang berlebihan boleh mengakibatkan minyak berkocak dan terkeluar daripada tangki.

     #  Pandu kelajuan yang munasabah dan lancar
         Peningkatan dalam jumlah kelajuan menyebabkan heretan akibat rintangan angin dan
         meningkatkan jumlah penggunaan minyak.

mengekori kenderaan di hadapan juga akan menyebabkan kesesakan lalu lintas
     #  Elak mengekori kenderaan di hadapan
         Elakkan daripada mengekori kenderaan di hadapan terutamanya apabila kenderaan tersebut
         dipandu dengan cara yang tidak diduga. Bukan sahaja tidak selamat, malah boleh meningkatkan
         penggunaan petrol kerana kekerapan memandu dengan perlahan dan bergilir laju.

     #  Memandu laju dengan gear rendah tetapi laju
         Peningkatan sebanyak 45% penggunaan minyak akan berlaku sekiranya anda memandu
         kenderaan anda dengan laju tetapi menggunakan gear yang rendah. Oleh itu, tukarlah gear
         mengikut tahap kelajuan yang sepatutnya.

     #  Tutup tingkap kenderaan ketika kenderaan bergerak
         Tingkap yang terbuka akan menyebabkan heretan angin, dan seterusnya menambah penggunaan
         minyak sebanyak 10%.

berfikir dahulu agar minyak anda digunakan dengan cara yang betul
     #  Berfikir sebelum menghampiri bukit
         Jika anda memecut, lakukan sebelum menaiki bukit dan bukannya ketika berada di atas bukit!!

Patuhilah undang-undang jalan raya dan amalkanlah tips-tips yang saya sediakan di sini untuk menyelamatkan duit anda daripada digunakan secara sia-sia. Penjimatan petrol akan membantu anda untuk menguruskan wang anda secara bijak.


This entry was posted on 6/10/2011 02:43:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: