Remaja kebanyakkannya tidak ketinggalan dalam mengikut trend dalam berfesyen. Hal ini semestinya akan menyebabkan berlakunya boros. Jadi, anda sebenarnya memerlukan tips untuk memanfaatkan aksesori-aksesori anda untuk menjimatkan wang.
Penampilan anda kurang sempurna tanpa bantuan daripada tali pinggang yang menarik. Pilih
warna-warna terang untuk memberi kesan dramatis. Manfaatkan juga 'sweater' yang tersimpan
lama di dalam almari. Tidak perlu keluarkan belanja yang banyak tetapi mampu tampil dengan
gaya terkini. Semudah itu sahaja!!
Ramai yang memilih untuk membawa beg tangan yang besar bagi memudahkan mengisi
barang-barang yang banyak. Pilihlah 'clutch' yang diperbuat daripada kulit yang sedang 'trend'
saat ini. Ingin yang sedikit murah, pilih yang berbahan kulit sintetis. Pasti ada yang
menganggap itu kulit asli. Murah dan menjimatkan tetapi tetap 'trendy'.
$ Skarf atau shawl warna-warni
Tidak hanya berfungsi melindungi kamu daripada cuaca sejuk malah selendang atau skarf boleh
membantu untuk menyempurnakan lagi penampilan anda sehari-hari. Jika kamu menjaga skarf
ini dengan baik maka ia pasti boleh bertahan lama dan sekali gus anda boleh menggayakannya
dengan pelbagai pakaian yang sedia ada di dalam almari anda. Lebih menjimatkan bukan??
Anting-anting, gelang, rantai merupakan pilihan paling sesuai untuk memvariasikan lagi
penampilan anda tanpa mengeluarkan belanja yang banyak. Carilah perhiasan yangs sesuai
digayakan dengan pelbagai gaya baju. Anda dapat berjimat dua kali ganda dengan cara ini!!