rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
antara kereta yang menjadi impian dan matlamat yang  mendorong perancangan kewangan

  1. Perancangan kewangan adalah penting untuk memberikan anda ketenangan fikian, jaminan masa depan dan kualiti hidup yang lebih baik.
  2. Perancangan kewangan sangat perlu untuk mencapai impian dan matlamat kehidupan anda.
  3. Selagi wang boleh memperoleh faedah, nilai wang masa kini lebih berharga berbanding jumlah wang yang sama pada masa hadapan.
  4. Adalah penting untuk memulakan simpanan dari SEKARANG. Lebih awal anda menyimpan, lebih besar manfaat faedah kompaunnya.
  5. Anda akan memperoleh lebih faedah jika pelaburan anda mendapat faedah kompaun bulanan berbanding tahunan.
  6. Faedah kompaun bagaikan pedang bermata dua. Jika anda lewat membuat bayaran bagi pinjaman atau hutang kad kredit, akhirnya anda terpaksa membayar faedah yang berlebihan.


rumah sendiri merupakan idaman setiap orang
Apabila memiliki rumah, bayaran bulanan yang dibuat adalah seperti memasukkan wang ke dalam akaun simpanan. Setiap kali gadai janji tersebut dibayar, peratusan tertentu akan pergi ke arah menambahkan nilai harta bersih anda. Ini seperti memiliki wang di bank kerana ada boleh mengeluarkannya pada kemudian hari sekiranya perlu.


Berbeza dengan menyewa,. Kadar sewa boleh meningkat dari tahun ke tahun, tetapi jika membeli, jumlah prinsipal pada gadai janji anda akan berkurangan bagi setiap pembayaran yang anda buat. Tambahan lagi, apabila pasaran perumahan meningkat, nilai rumah anda juga meningkat selagi berada di lokasi yang baik.


Walaupun membeli sebuah rumah adalah sesuatu yang hebat tetapi ia bukannya untuk semua orang.

Membeli rumah memakan masa, melibatkan kos yang tinggi dan mungkin membebankan :
  1. Memiliki rumah memerlukan pelaburan masa.
  2. Pengubahsuaian rumah yang kecil tetapi yang dilakukan beberapa kali memakan belanja yang besar.
  3. Jika anda dapati tidak senang hati dengan kejiranan, anda mungkin rasa 'terperangkap'.
  4. Apabila anda memiliki rumah, apa-apa pun boleh berlaku yang mengakibatkan penurunan nilai rumah. Contohnya, banjir atau jalan raya yang sibuk.
Apabila anda menyewa, anda bebas bergerak. Walaubagaimanapun, jika anda memiliki rumah anda sendiri, anda akan menikmati kebebasan kewangan.




1.  Mengenal pasti keperluan dan kehendak anda.. 




     @  Apakah itu 'keperluan'?
           Sesuatu yang anda perlu ada karana anda tidak boleh hidup tanpanya. Contohnya, 
           makanan. Anda perlu makan untuk hidup. Tanpanya, anda mungkin tidak boleh hidup 
           lama..




     @  Apakah itu 'kehendak'?
           Sesuatu yang anda inginkan tapi tidak semestinya perlu. Telefon bimbit adalah suatu 
           kehendak kerana anda tidak perlu memakainya untuk hidup..
     @  Kita hendaklah faham perbezaan antara keperluan dan kehendak. Segala keputusan 
           yang dibuat berhubung dengan dua perkara tersebut dan akan memberi kesan terhadap
           perbelanjaan bulanan anda..


2.  Berbelanjalah dengan bijak..


      ~  Apabila anda ingin berbelanja, tanyalah diri anda. Sama ada anda betul-betul 
          memerlukannya?? cukupkah bajet anda untuk membelinya?? Semak dulu sekiranya anda 
          telah membuat peruntukan bagi perbelanjaan ini atau anda terlebih berbelanja pada bulan 
          ini..
      ~  Andainya ia adalah keperluan, peruntukanlah bajet anda untuk membelinya. Sekiranya 
          ianya adalah satu kehendak, pertimbangkanlah sama ada untuk membelinya ataupun 
          tidak.




3.  Menangguhkan kehendak..


     $  Semasa anda kecil, semua kehendak anda akan ditunaikan sekiranya anda 
         menyempurnakan suatu tugasan. Sebenarnya mereka telah mengajar dan mengasuh anda 
         untuk menangguhkan kepuasan.
     $  Ketika dewasa pula, banyak perkara yang anda lakukan adalah kerana terpengaruh 
         dengan ajakan rakan-rakan anda. Sekiranya anda berkata 'tidak' untuk berbelanja 
         sekarang, anda berada selangkah lebih hampir untuk mencapai impian kewangan anda..
     $  Tukarlah tanggapan atau persepsi anda jika perlu.. Daripada kereta, tukarlah kepada 
         pengangkutan awam sebagai alternatif untuk pergi ke sekitar bandar. Justeru, anda bukan 
         sahaja menjimatkan wang, tetapi menyumbang secara positif kepada alam sekitar..




Apakah yang akan anda lakukan andai anda ada RM100 ribu?? 
Ke manakah duit itu digunakan??
Adakah anda akan menggunakannya secepat mungkin dan tergesa-gesa??
Berapa lamakah duit anda itu akan bertahan dalam simpanan anda??
Bagaimanakah anda ingin berjimat-cermat dengan duit tersebut??




Dalam perancangan kewangan, adalah penting untuk membuat bajet. Benar, berbelanja mengikut bajet memerlukan disiplin diri yang tinggi tetapi amalan ini boleh membantu anda untuk :

  • hidup mengikut kemampuan pendapatan bulanan.
  • memperuntukkan wang atau menabung.
  • mencapai matlamat kewangan anda.
  • menyediakan dana kecemasan.
  • memupuk tabiat mengurus kewangan yang baik sambil membuat tinjauan atas aliran tunai dan nilai harta bersih anda.
Sediakan bajet pada awal bulan atau pada hari anda menerima gaji bulanan


BIAR banyak atau sedikit, peruntukan kewangan penting bagi mempersiapkan diri menghadapi Aidilfitri. Pakaian baru, peruntukan duit raya, kos perjalanan pulang ke kampung hinggalah juadah makanan - semuanya menjadi bajet yang perlu diberi perhatian.

Bagi mereka yang berkemampuan, tidak timbul masalah baik sebelum atau selepas hari raya. Namun, bagaimana pula mereka yang tidak berhemah ketika berbelanja atau memiliki 
tabungan yang cukup selepas cuti raya?


hanya keburukan yang bakal kita miliki andainya tidak berhemah ketika menggunakan kad kredit


Boleh berkongsi tip mengelak penggunaan kad kredit selain mengurangkan perbelanjaan musim perayaan?

Caranya cukup mudah. Tinggalkan saja kad kredit di rumah. Apabila ke pasar raya, elak menggunakan troli, sebaliknya ambil bakul. Biarpun dua benda yang sama, tetapi secara psikologi menyaksikan kita hanya mengambil barang yang perlu saja.

Dari segi had perbelanjaan kad kredit, kita boleh mengarahkan pihak bank mengurangkan jumlah had atau credit limit sebagai alternatif mengelak daripada terus menggunakan kemudahan itu.



keseronokan berbelanja sebagai persediaan aidilfitri


Kebanyakan daripada kita cenderung mengutamakan perbelanjaan menyambut Aidilfitri, bagaimana pula selepas cuti raya?

Itulah sebabnya tabungan amat penting. Tabungan adalah langkah alternatif mengatasi krisis kewangan selepas musim perayaan. Bayangkan andai berlaku kecemasan yang memerlukan kita membelanjakan banyak wang.
Tidak dapat banyak, sedikitpun harus kita menabung... Jadikan ia suatu amalan.


dengan menyenaraikan senarai keperluan anda, akan menyelamatkan anda daripada boros ketika berbelanja


TIP: Belanja berhemah:

    * Senaraikan barang keperluan yang ingin dibeli
    * Letakkan dalam bajet jumlah barangan yang dikehendaki
    * Lakukan penelitian premis yang hendak dikunjungi untuk lebih berjimat
    * Elak menggunakan kad kredit
    * Usah berbelanja ketika perut lapar kerana ini mendorong kita berbelanja lebih
    * Beli barang keperluan secukupnya dan elak pembaziran
    * Pastikan barang yang dibeli mempunyai nilai berpatutan
    * Elak membeli barang diimport sedangkan anda barangan buatan tempatan memiliki kualiti 

      sama.


untuk maklumat lanjut, layarilah laman web ni..


http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/tips-wang/perancangan-bajet/342-tip-urus-kewangan-elak-pokai-lepas-raya.html



SIAPA ITU PENGGUNA



  • "Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.


  • Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.


  • Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam bidang pengurusan, kepenggunaan bermakna yang pengguna melihat pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.



  • Lapan (8) Hak Pengguna
    PDF 
    Print 
    E-mail 




    1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
    Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

    2. Hak untuk mendapatkan keselamatan
    Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

    3. Hak untuk mendapatkan maklumat
    Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

    4. Hak untuk membuat pilihan
    Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

    5. Hak
     untuk bersuara. 
    Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

    6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi

    Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

    Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

    7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

    Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.



    8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
    Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.



    Pertandingan Kepenggunaan peringkat sekolah di SMK Bandar T6 telah diadakan pada 23 April 2011. Berikut adalah rakaman peristiwa pertandingan tersebut;

    1) Pertandingan menulis Esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris


























    2) Pertandingan melukis poster kepenggunaan























    Kelab Usahawan dan Pengguna mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha dan komitmen pelajar SMK Bandar T6 dalam menjayakan pertandingan kepenggunaan ini.

    We Are The Best =)...



    Adakah adik-adik merasa cemburu setelah mengetahui yang rakan adik-adik dapat membeli sebuah 'play station' (PS 3) atau pun sebuah kereta kawalan jauh? Dan ibu-bapa adik-adik pula merasa amat keberatan untuk membelikannya untuk adik-adik. Sebenarnya, adik-adik mampu memiliki barang-barang tersebut jika adik-adik pandai mengurus wang saku adik-adik dengan betul setiap hari.


    Merancang Secara Berhemah
    Adalah penting untuk adik-adik dan para remaja mempelajari bagaimana untuk berbelanja secara berhemah disamping dapat adik-adik menyimpan. Merancang kewangan secara berhemah jika diamalkan sejak muda akan dapat memberi keselesaan pada adik-adik sepanjang hayat. Apabila adik-adik meningkat dewasa, keperluan kewangan akan semakin bertambah bukan hanya tertumpu kepada membeli 'play station'. Adik-adik mungkin berkeinginan untuk pergi bercuti kesesuatu tempat yang menarik di dalam negeri. Selain daripada melancung, adik-adik juga ingin memiliki kereta atau rumah, membiayai pelajaran, menjaga ibu-bapa dan menyimpan wang untuk pesaraan. Sehubungan dengan itu, merancang kewangan secara bijak dapat memenuhi keperluan-keperluan ini.


    Merancang Kewangan Tugasan Anda
    Merancang kewangan adalah mudah dan merupakan salah satu tugasan dalam kehidupan adik-adik. Walaubagaimana pun, kegagalan adik-adik untuk melakukan tugasan ini akan mengakibatkan adik-adik tidak dapat mencapai matlamat/impian hidup adik-adik. Bertindaklah dengan bijak. Mintalah pertolongan dan nasihat daripada ibu-bapa bagaimana adik-adik boleh merancang perbelanjaan dengan bijak dan berkesan.

    Kegiatan ini adalah penting oleh kerana jika adik-adik kekurangan pengetahuan dalam merancang kewangan semasa zaman kanak-kanak, boleh mengakibatkan adik-adik tidak mempunyai kemahiran kepenggunaan yang kukuh. Adik-adik akan melakukan pembaziran yang ketara apabila membeli sesuatu barang. Adik-adik seharusnya pandai menilai wang walaupun wang membolehkan adik-adik membeli banyak barang yang inginkan. Jauhkan dari amalan meminta ibu-bapa membeli sesuatu kerana mereka perlu pula berkerja keras semata-semata untuk menyediakan wang kontan untuk adik-adik berbelanja.

    Belanja Mengikut Kemampuan
    Kebanyakan adik-adik diberi elaun tetap atau wang saku oleh ibu-bapa. Adalah mustahak untuk ibu-bapa untuk memaklumkan kepada kanak-kanak tentang kegunaan elaun yang diberikan samada untuk membelanjakannya untuk membeli permainan, buku, pakaian atau perbelanjaan secara am. Adik-adik mesti diajar untuk berbelanja mengikut kemampuan. Adik-adik yang berbelanja berlebihan akan membebankan perbelanjaan seisi keluarga. Ada setengah daripada adik-adik pula akan meminjam daripada rakan-rakan atau mencuri untuk menampung perbelanjaan adik-adik. Tabiat-tabiat yang buruk ini mesti dijauhi.

    sikap berjimat-cermat harus dipupuk sejak kecil

    Merancang Sebelum Mengguna
    Perbelanjaan berhemah serta tabiat simpanan yang bijak adalah sangat penting dalam merancang kewangan. Apabila adik-adik pergi membeli belah, adik-adik perlu mengetahui beberapa strategi. Diantaranya ialah beli saja apa yang diperlukan dan jangan beli mengikut hati/nafsu. Buatlah perbandingan tentang harga dan kualiti barangan yang hendak dibeli. Tawar untuk mendapat pembelian yang lebih baik. Adalah sangat penting untuk membuat sedikit penyelidikan sebelum adik-adik membeli sesuatu barang. Maklumat tentang berbagai-bagai jenis barang boleh didapati dalam surat khabarmajalah dan internet. Apa yang diperlukan adalah sedikit usaha untuk mencari maklumat-maklumat tersebut. Setelah adik-adik melakukan ini, adik-adik perlu menanya diri sendiri samada adik-adik perlu berbelanja untuk barang barang ini.

    Merancang merupakan satu aspek yang penting dalam menguruskan wang adik-adik. Jika perbelanjaan adik-adik melebihi elaun yang diberikan oleh ibu-bapa adik-adik, maka adik-adik perlu menilai tabiat pebelanjaan adik-adik. Dengan menyenaraikan barang-barang yang hendak dibeli akan dapat membantu adik-adik. Adik-adik perlu melihat senarai perbelanjaan dan memastikan bahawa perkara-perkara tersebut boleh dikurangkan atau tidak diperlukan langsung.

    catatan wang saku yang patut dicatat  dalam Buku Wang Saku
    Merancang Dengan Buku Wang Saku
    Salah satu alat yang boleh digunakan untuk menguruskan perbelanjaan adik-adik ialah dengan menggunakan Buku Wang Saku. Buku ini telah diperkenalkan olek kerajaan dibawah pengawasan Jawatankuasa Perancangan Kewangan. Jawatankuasa ini berhasrat untuk menggalakkan perbelanjaan secara berhemah. Dibawah program ini, Jawatankuasa ini bermatlamat untuk mengajar kanak-kanak tentang nilai wang. Wang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan adik-adik. Adik-adik perlulah menggunakannya dengan bijak. Wang saku adalah wang yang diberi oleh ibu-bapa, penjaga, saudara mara atau lain-lain pihak kepada adik-adik untuk dibelanjakan. Oleh itu, wang ini hendaklah dibelanjakan dengan bijak dan bakinya bolehlah disimpan.

    Diantara kelebihan mencatat perbelanjaan adik-adik dalam Buku Wang Saku adalah ia membolehkan adik-adik mengesan di mana penjimatan perbelanjaan dapat dilakukan dan baki wang dapat disimpan. Oleh itu, Buku Wang Saku adalah panduan merancang perbelanjaan setiap bulan.

    Menjadi Ahli Kelab Kewangan Pelajar Sekolah
    Persekitaran sekolah mungkin mempengaruhi bagaimana adik-adik merancang. Oleh yang demikian, menjadi ahli Kelab Kewangan disekolah boleh membantu adik-adik memupuk nilai merancang kewangan semasa muda. Kerajaan telah dengan aktifnya membuat promosi tentang penubuhan Kelab Kewangan di sekolah. Terdapat 1093 Kelab Kewangan diseluruh negara and institusi kewanganlah merupakan penggerak kepada penubuhan kelab ini. Adik-adik yang menjadi ahli kelab ini bukan sahaja dapat mengambil bahagian didalam aktiviti-aktiviti merancang kewangan, tetapi dapat menambah pengetahuan dalam bidang ekonomi, perniagaan, kewangan dan perbankan. Buat itu saja, menjadi ahli kelab kewangan juga ada keseronokannya. Melalui aktiviti-aktiviti yang di kendalikan oleh kelab seperti lawatan ke institusi kewangan, bank pusat, dan juga aktiviti-aktiviti kesenian bertemakan kewangan, permainan dan sebagainya, adik-adik akan dapat berinteraksi dengan rakan adik-adik. (Maklumat lanjut tentang Kelab Kewangan boleh didapati dimuka sebelah).


    makanan yang patut dikongsi sesama rakan adik-adik
    Walau pun memupuk tabiat merancang kewangan dikalangan remaja adalah penting, tetapi nilai-nilai penyayang dan sifat perkongsian patut di pelihara. Adalah tidak menjadi kesalahan untuk adik-adik untuk berkongsi sedikit makanan atau pun membeli hadiah dengan rakan adik-adik. Sesungguhnya perbuatan ini akan mengeratkan lagi silaraturahim dikalangan adik-adik dan rakan-akan adik-adik.

    Artikel ini diperoleh daripada duitsaku.com